Flores Komodo Adventure: Hari Lima // Gili Laba



Balik dari Pulau Rinca, kami naik kapal phinisi dan packed semua bebarang sebab kami bertukar naik bot kecil ni dan menuju ke Gili Laba. Dengan bot kecil ni jugak nanti kami dibawa balik ke Labuan Bajo. So sad berakhirnya pelayaran phinisi ittew...ada rezeki lagi nanti kita pegi Padar pulak ya!



Sampai Gili Laba! Gili Laba juga dikenali sebagai Gili Lawa. 


Tenang gila laut. Ombak pun hampir takde.


Nawaitu asal nak trekking naik atas dulu dah berpeluh-peluh kang baru lah syok terjun mandi. Tapi seriously kalau nak hiking dengan selipar je lupakan je lah. Sebaiknya pakai hiking shoes kalau nak mendaki. Kiteorang rasa tak stabil mendaki pakai selipar pijak tanah & rumput kering macam tak grip. Terpelecok karang, kaki ni nak pakai lama lagi. Walaupun aku berconverse tetapi masih malas nak hike! Curamnya pun boleh tahan! Hari kelima ni peha dah naik sado -- keras & sakit sangat silap-silap balik KL Mr Z tak kenal mana peha mana dinding. 



Dongak atas, mak oiii jauh lagi ni. Maseni terus give up dan misi hiking diserah kepada Jijoy


Kiteorang pegi side yang lain dan snappy dari sini...


Memang patut pun dipanggil Gili Lawa, memang lawa pemandangannya. Layan geganba dan posing-posing poyo kita di bawah: 









Hah dapat mencopet ganba dari orang-orang yang hiking. Ni aerial view dari puncak Gili Laba:








Turun dari atas, apelagi terjun!!!



Laut memang nampak tenang so kiteorang selain mandi-manda, kiteorang sempat snorkeling kat sini. Snorkeling kat Gili Laba ni memang terbaik daripada pulau-pulau yang kami pergi dalam trip ni sebab underwater memang lawa. Boleh leka dok kejar ikan-ikan sampaikan dah tak sedar aku dah jauh dari pulau dan group. Bila menyelam terdengar sore & gelak ketawa mereka kat pantai terasa macam dekat tapi bila mendongak oihh jauh dah aku pegi ! Cuba nak mendekatkan diri ke pantai tapi current dia boleh tahan hebat tau. So dalam pada laut dia luaran dia tenang tu, current dia agak kuat. Bila nampak Cik Lely tengah snorkeling berada berhampiran aku, ada rasa lega sikit. Cuak dowh tersasar aku pegi jauh dari pulau. 



Boleh dikatakan aku paling puas mandi dan snorkeling kat Gili Laba ni.


Selepas tu, perjalanan ke Labuan Bajo semula. Kapal phinisi yang besar tadi tu dia teruskan perjalanan dengan orang yang amek pakej Lombok-Labuan Bajo-Lombok. Means dia menuju balik ke Lombok.


Masing-masing kepenatan. Macam-macam acara hari kelima ni. Dah la kat Pulau Rinca pun bleh tahan trekking 5KM tu, kat Gili Laba pun sakan hike dan mandi bagai...

port #teammalaysia

Aku pasti akan merindu view macam ni...


Bot kecil turunkan kami kat jetty Labuan Bajo tapi tah kat celah penyimpanan kontena mana tah ni ha. Sukahati engko je ya mas. 


Kami check in satu malam kat one of the homestay di Labuan Bajo ni. Boleh pulak bilik air dia jenis takde pintu. Bayangkan macam mana nak buat pelaburan saham??? Nasib kita jenis jarang melabur di tempat orang lagipula bank tak berpintu ni. hiks. 


Petang tu jenjalan sekitar Labuan Bajo walaupun penat macam hape je. Pekan dia kecik je tapi banyak tour offer ke pulau-pulau sekitar Labuan Bajo ni. Nak island hopping ada, nak snorkeling ada, nak diving ada...

Yang takde ialah...nightlife! Or maybe ade tapi...hehe

Malam tu si Jijoy sibuk ajak jenjalan town Labuan Bajo nak tengok nighlife katenye! Cik Misi Nisa dah surrender nak tidor so hanya "adults" je yang kuar memalam ni, yakni aku, Cik Lely dan Jijoy. Jalan punya jalan, kot la ada cafe or bar yang bukak ada live band ke...haqam takde! Rata-rata tutup kedai awal. 

Kedai souvenir pun ada yang hampir-hampir nak tutup. Kita dok carik fridge magnet or apa-apalah yang berupa paras komodo tapi murah. 


Nak ngopi pun kedai ala-ala nak tutup lagi beberapa minit...alahaiii...
Ketara lah takde nighlife tu bila mat-saleh2 beramai-ramai layan beer kat luar kedai runcit je...

Dalam pada berjalan-jalan tu kan, tetiba kiteorang terdengar sayup-sayup musik dangdut. Kiteorang tercari-cari arah musik tu dan Jijoy berharapan tinggi kot la terjumpa "nightlife". Ahaks. At last kami berhenti depan sebuah kedai dan kiteorang pasti musik tu datang dari dalam kedai tu. Kedai tu macam kedai runcit biasa-biasa tapi dah tutup! Dari celah-celah kayu pintu penutup terbias cahaya-cahaya kat dalam macam ada kelab dangdut tengah berpestaria. Kat luar kedai plak ada sorang mamat local lepak dengan laptop. Kiteorang pasti ni mesti private party dangdut tengah berlangsung kat dalam! Sejenis party yang kalau nak masuk kena tahu password. Hiks. Atau tabur duit. Hanya Jijoy je dapat menentukan samada kita dapat masuk ke tidak!

Kiteorang suh Jijoy pegi kat mamat tu dan tanya.

Aku pandang Cik Lely, Cik Lely pandang aku.
Perkara yang YOLO sangat kalau dapat masuk kelab dangdut private party ni...
Tapi, sanggup ke kita nak nengok penari dangdut dok meliuk buat lap dance kat Jijoy? *imaginasi mula meliar
Pahtu memasing tengok baju sendiri yang rupa macam siap-siap ready nak tidor. Serabai! Sungguh tak menepati tema!

Takpe kita try nasib.

Jijoy pegi kat mamat tu dan tanya. Sekalik enko tau mamat tu buat apa?
Dia buat cerita konon musik tu datang dari arah lain padahal kiteorang yakin sangat musik tu datang dari dalam kedai tu! Lagipulak nampak lagi cahaya liplap2 dan bass dangdut kemain berdentum dentam datang dari dalam kedai. Ah Jijoy failed menampakkan diri dia eligible untuk "Gentleman's Club" hahaha maybe sebab dia "sangat" gentleman? Nampak baik sangat kot nihh!! Lagipun tak nampak kaya nak tabur duit kat penari dangdut. Maklum memasing memang serabai. Ker sebab kiteorang ada so dia tak bagi Jijoy masuk. Hiks. Probably dalam tu lelaki sajorkkk kan...?

Tuhan selamatkan mata kami malam tu. Kihihi~
So kiteorang pun balik je la...

Sendu betul malam kat Labuan Bajo.