Mari Intip Pulau Kapas : II



Skang misi pengintipan sekitar Pulau Kapas. Hah kalau korang nak tahu, seblah Captain Longhouse ni ada campsite yang bersih dan terjaga. Namanya Longsha Campsite. Kalau teringin nak berkhemah tepi laut, boleh la try campsite ni. Kapas ada dua campsite, tapi campsite lagi satu tu tak serapi Longsha ni haa...maka aku sarankan Longsha untuk pengalaman berkhemah tepi pantai !





Cuaca agak mandom maka kebiruan laut tak berapa nak terserlah. Yang terserlah ialah awan cumulus yang macam membawa hujan ke hati kita. Eh. 


Namun begitu, Tuhan tidak pernah menciptakan produk gagal




Selingkar pohon morning glory yang menjalar



Penjalaran tak terkawal disituh




Sepohon kayu daunnya rimbun...~

"Aku belum larut terlupa. Ketika kita bertemu di pucuk senja" - p.j.j




Pulau Kapas ni ada banyak batu-batuan begini seolah macam ada corals mati yang lama termendap lalu menjadi batu setelah proses ribuan tahun (eceh aku propa je ni)



"He is tossed by the waves, but does not sink" - p.j.j



Side Captain Longhouse yang paling tepi ni memang macam ni la struktur dindingnya. Berbatuan haa..seronok panjat-panjat



"Jangan cuma hidup di bumi, tapi kita juga harus menghidupi bumi"
Pulak tu ada gua kecik kat blakang gua. Rock tak gua?




"Ada tiga hal yang paling aku sukai didunia ini ---
yaitu Matahari , Bulan dan Kamu
.
Matahari untuk siang hari, Bulan untuk malam hari
dan Kamu ... untuk selamanya" 


"Ketakutan yang berlebihan itu bahaya, sama bahaya dengan harapan yang berlebihan"


"Aku disini melihatmu tapi kamu...belum tentu melihatku" - p.j.j


"Tahu tak suatu jisim yang pelik, dia boleh saja ada segalanya-galanya tapi tetap mahu lagi dan lagi -- hati manusia"


Ah benci cuaca mandom macam ni. Macam mengundang akak untuk berkasih sayang. Walhalnya... krik krik krik (timbus cengkerik dengan pasir)


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Esok paginya bersarapan yang nikmat dan murah sudah semestinya megi kari & kopi o. 





Pagi tu cuaca agak memberangsangkan. Lihat sahaja laut kat bawah ni, biru kan? Laut Kapas ni tak lah sebiru Perhentian atau Redang tapi not bad lah memandangkan dia agak dekat dengan mainland aku kira laut tak lawa dan tercemar tapi turns out okay lah. Menepati piawaian lah.




Time ni aku jenjalan lagi sebab nak carik guide untuk hike Bukit Singa yang sedang tular diketika ittew. 


Orang kata guide ada kat Loko-Loko. Kena rentas empat pantai nak nyampei ke situ sebab tempat tu kat other side of the island.


Merentas la kita dengan cuaca panas teriknya

Aku suka pulak pantai yang berbatuan macam ni

Pahtu jumpa pantai berpasir macam ni



Pahtu jumpa nyet pakai spek cyclops



Jejambatan yang menghubungkan empat2 pantai 


Sampai je kat Loko-Loko, tahu apa jadik?

Check kat guide LokoLoko rupa-rupanya trip Bukit Singa baru je lepas dan thats it untuk hari ni. Esok kalau ada pun tengahari.
Guwe udah mau pulang donk !
Apalah nak cakap kat orang kampung neh...

Penat merentas pantai tapi tade hasil ! Time ni rasa nak nyanyi hancur..hancuurrr aakuu~~



Layan senja yang tak berapa nak ada...


AH jom carik makan~! Hapuskan lara dengan ayam goreng. 





Mari bercerita pasal makan di Kapas. .

Nasi goreng dalam ganba ni nampak cantek dan menggiurkan bukan? But that my friend, gotta be the worst nasi goreng i ever had. Umpama dia baru masak nasik terlebih air sebab lembik. Pahtu terus masuk kuali buat nasi goreng. Nasi ni cuma ada sayur je plaktu jenis sawi pendek-pendek tuuu tak ke batang dia pahit kedaung? Pahtu letak telur cantik macam tu ingat bleh beli jiwa la? Ayam-ayaman ke sotong-sotongan ke langsung takde. Walhal ni namanya nasi goreng selayang cafe -- sejenis specialty. Apa speselnya ntah la. Haa aku tahu. Spesel kat harga kot. 
Cer la teka bape rega nasik goreng lembik dan moist ni 😓 .
.

Makan kat Kapas ni rata rata harga mahal..dan tak sedap
.


First aku try PakYa --- nasi goreng seafood. Oke la not bad
.

Then ada lah bebeli barang kat Jetty Cafe seblah surau tu. Huiii ahkak kat situ kerek ye senyum pun tidak bila berurusan dengan customer. Tahulah gerai dia sentiasa penuh mat saleh sampai satu ketika tu ada lah mat saleh just kata yang order dia lambat, kenapa ye. Ahkak ni cakap gaya kerek kedai makan dia ada prawn, ada steak, ada salmon so lenkali order hanya kalau you mampu nak tunggu. Ermmm terus aku kansel nak makan kat kedai ahkak tu. .
Then. Koko Cafe. Tumpuan matsaleh jugak tapi time aku pegi awal lagi kol 2 camtu dia kata kedai dia barang dah habis. Berlalu lah aku dari situ sambil maki dalam ati whatdefukk weh aku lapar tahu tak dah nak transform jadi singa ahkak enko ni.
.
Then. Nasi goreng lembik moist kat Selayang Cafe. Macam haram ase dia tapi aku habiskan jua sebab lapar melampau tahap jantung dah berdetak lebih dari kadar biasa
.
Malam terakhir dinner kat Kapas Coral. Nasib baik lah mendapat nasi goreng ayam yang decent
.
Air kat Kapas kalau teh o ka kopi o ka starting RM3 ye. Nasi kosong pun RM3. 
Herm boleh kopak weh. Aku tak kesah kalau makan mahal tapi puas hati dan berasa tapi kat sini banyak tak berasa, lain macam Perhentian atau Redang
.
Well ni personal opinion je wokeh janganlah amik bulat bulat cakap aku ni
.
Kalau keciwa makan kat Kapas korang leh la menebus kekeciwaan kat Kuala Terengganu makan ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, tomyam kelapa.. 




Yummehhh~! Makan macam takde hari esok. Perut kenyang hati senang. 


Kita balik ikut boat pagi ke jeti Marang. Tiket bas belum beli dan niat hati nak beli tiket pukul 12 atau 1 petang lar haritu

Ikon Marang. Hihi



Kau ingat sini KL senang dapat bas? Sini non-KL, sila mereput tunggu bas ye nana. Dalam dua jam lecak ketiak ah tunggu bas SP yang tak kunjung tiba tu. Teksi pun jarang-jarang ada dan takmoh benti. 

Aku kira memang melepas lah bas KL pukul 1 tu. Last-last bas Sani yang dari KL-KT benti dan kita pun naik lah. Fuh nasib baik dia nak pungut kita. 

Sampat KT bas stesen, beli tiket pukul 5 ptg dan sempat round-round town KT dan tangkap Pokemon  keliling town on the way nak ke Pantai Batu Buruk dengan berjalan kaki je taw . Time tu Pokemon GO tengah hot sila jangan kecam sangat  > . <


Stadium 


Satay ikan ni buat aku terkenang zaman blaja skolah madrasah every petang lepas skola ada brader naik motor jual satay ni. Sedap tuh~


Beli buah ni dan lepak tepi pantai Batu Buruk. Sedap pulak sebab ada jeruk merah tuh 



Jangan kacau kita tengah tangkap pokemon sotong




Kesimpulan Kapas, sebuah pulau yang sesuai sebagai short getaway sebab perjalanan yang ringkas. Aku fikir pulau ni sendu chalet dan sendu crowd tetapi salah tekaan ye sebab crowd mat saleh agak ramai tapi tak seramai Redang atau Perhentian. It might be one day so better make your way there before its too rowdy with Chinese tourist yang bising (oops)

Sekarang pun dah ada a few chalet yang ada unsur hipstur pantai sikit macam KBC, Ombak Kapas, Capt Longhouse dan Koko so ini semua ada touristy appeal kepada pulau ni kelak

Jangan lupa, Mat Dan pun bermula dari Pulau Kapas (ewah kita follow Mat Dan skang hiks)


Bye Kapas. Maybe tahun depan kita naik Bukit Singa tu dan mengaum tanda usaha tangga kejayaan. 

Maybe as a little practice sebelum naik Mt. Kinabalu? 
Maybe...(style Takuya Kimura)


Aaaapa? Tak puas tengok kita ? Hiks. Nah lagi ganba kat sini tatapi lah sepuas nya sebab tah bila la lagi datang rajin nak hapdet entry.

Gila banyak tertunggak..
Kuwait (lom habis)
Mabul (lom habis)
Flores (tak setat pung *cry*)
Mersing (tak setat jugak *lap idung*)
Jakarta (tak sudah lagi)
Golden Triangle (seabjad pun tak setat)






end, xoxo