Burgermbira Di KGB

Sempena waktu lunch ni, aku nak tulis pasal MAKAN. Kot la bleh jadi ilham untuk korang nak makan lunch apa besok. Hehe. If korang ada kat sekitar Jalan Telawi 2, Bangsar dan tekak terasa carnivorous nak membaham daging, jom try KGB - Killer Gourmet Burgers 

Kalau dah namanya GOURMET, maksudnya apa kawan-kawan? Yaaa maksudnya harga burger kat sini sedikit high above the average yach ! Jadi sediakan sedikit duit lebih...


Walaupun harganya luar biasa sedikit, memang padanlah dengan jenis burger yang ada...pilihan yang agak luar dari kebiasaan dan tabii deh !!



Tempat nya sangat kecik...ni aku pergi after work, heret Mr Z yang bekerja dekat-dekat situ gak.
Agak ramai orang after work...nasib baik dapat seat.
Kene order kat kaunter depan yaa..


Bash Burger - daging yang digrilled, ada beef bacon relish, provolone cheese, caramelized onion, maple cornflakes

Kimchi fries with Bulgogi beef


Bella Bomb Tower Burger.
Bun burger tu siap ada cop mohor KGB. Stail lah !




Tinggi tu pasal namanya tower gittuu. Ada grilled beef, 2 portobello mushroom with melted cheese and shack sauce



Overall burger dia ok ..bleh la kalau nak merasa sekali sekala. Sekali pandang menunya macam curlassst burger ko norks ! Tapi kalau di baca balik...wording yang dipilih tu yang nampak macam high class. 
I mean, grilled grassfed beef ? hello. Tentulah lembu makan rumput. Takkanlah makan asam pedas mak kau pulak. Gitu aku nak berkata dalam hati. 
Dalam ketiga-tiga dish tu, kimchi fries bulgogi beef tu sedap ya ampun. Dah la fries ni memang Achilles heel aku weh. Takleh handle kesedapannya.


Pasni aku nak try lagi satu outlet burger ala-ala macam KGB gak. Roti itam ! Berani ??

Tahap Burgermbira : 7/10