24 Jam di Tanah Abang, Jakarta


Entry ni khas untuk kaki shopping atau kaki bisnes. Tanah Abang biasanya tempat untuk source barang-barang seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki, kasut, beg, kain ela, lace, aksesori dan sebagainya untuk dibuat niaga. Disini boleh dibeli secara eceran atau grosir dan of corss harga kedua-duanya ni ada bezanya. 


My stocks are running low jadi aku beli tiket pagi giler ke Jakarta dan bercadang nak balik pada hari yang sama, flight paling last. Ntah macam mana, berkhayal ape ntah time beli tiket tu langsung terbeli tiket balik hari keesokannya pukul 6 pagi pulak tu. Redha je la kena overnite kat Jakarta ! 

Bangunan hijau tu lah Tanah Abang...


Nak cerita time kat airport, nasib tak kena game dengan ulat-ulat kereta sewa ni. Dia claim dia teksi Bluebird tapi bawak aku ke kereta Innova pulak. Pulak tu quote harga ke Tanah Abang 250K. Kejadahnya mahal sangat..~

Apelagi hakak buat poker face minta permisi dan terus jalan ke arah deretan teksi.
Naik teksi bermeter ke Tanah Abang konfem takkan semahal 250K ! Kiteorang kene dalam 100K ++ kot..lupa dah. 

Sampai kat Tanah Abang awal gile. Mak aku siap cakap, "eh pukul 9 pagi dah sampai...? Macam shopping kat KL je kau ni..." hehe, iya tak mustahil shopping di Jakarta in 24 hrs! With Airasia, everyone can fly mahh..~


Bangunan Tanah Abang ni ada dua dan disambung dengan bridge. Secara luarannya Block A dan Block B. 
Block A ialah peniaga biasa dan harga pun harga normal..eceran je.
Sila masuk Block B kalau nak harga grosir.
Grosir grosir pun kalau minta diskaun, tak dapat pulak ! Geram aku tang ni sebab kalau kat Pasar Baru Bandung, dapat jee harga kurang.
Tanah Abang ni ada old building dan new building. Yang old building tu sampai ada block C, D, E dan abjad apa ntah lagi dan keadaannya panas takde aircond sangat, tak ubah macam Pasar Baru Bandung.
Ko tau ko berada kat block baru once ko jejak kat building yang nampak cantik dan sejuk jee. 
Maksalahnya old building dan new building ni bersambung..jadi sedikit konpius nak ke new building. Bearing pun dah lari siot sebab punya la besar tempat ni !

Tanah Abang samada Block A atau B tersangat lah luas. Kiteorang dah brapa kali lah sesat mencari kedai.

Baju wanita

Baju raya..ihiks

Kelainan Tanah Abang ni ialah banyak pilihan untuk baju kasual macam ni, tak macam Pasar Baru.
Baju macam ni mengingatkan aku kat Bugis Street Singapore.


Pagi kat sini sangat sibuk dengan bebarang ni tengah dilonggokkan untuk shipment


Ada satu floor tu hanya jual baju budak je. Naik juling aku tengok. Kiut miut sangat...


Baju-bajan lagi


Baju malam jemaat ?


Mr Z menggila beli jersey kat sini.
Memang murah weh. Grade original cuma RM30, dan tambah sikit rupiah untuk tambah nama & nombor. Orang lelaki ni kalau pilih jersey...sampai kematu bontot nak tunggu dia buat pilihan. 
Mr. Z suka sangat pilih jersey kaler putih. 
Terus aku tazkirah dia " you, you dah tak sesuai pakai kaler putih. nampak nipple " 
hiks. kejam tak kebenaran itu.

Pastu karang mula la tanya aku jersey mana yang ok. Of corss dari mata orang pompan kita tengok mana yang lawa je...tak tengok dia dari club kudik ke, club gah ke. Asal cantik je pada aku. 
Last-last dia sambar jersey club ape ntah, then Germany, Japan, Spain, Italy apentah lagi. Banyak. Buat bekal untuk World Cup. Hihiks.
Dia nak buat nama & nombor.
Pahtu tanya aku plak.."nak letak nama apa ek" kat jersey Jepun dia.
Macam la aku kenal player Jepun.
Brader tu rekomen Kagawa.
Aku rekomen Maria Ozawa.
Tergelak brader tu. hihi.

Bila memikiorkan World Cup, baik aku sambar sehelai dua untuk diri sendiri ye tak ? Kat Mesia kompom mahal jersey ni..
So aku beli Jepun & Spain ... yeahaaa! 
Gambatte Japan ! 
Viva Espana !
*lontar pompom diudara sambil buat split

Sempat brader tu tanya..." kakak ngaa mau bikin nama? Maria Ozawa mungkin ? " Dia sengih. 
Ayooo ! Sumpah hakak tak pernah tengok Ozawa ni beraksi ... jadi hakak tanak amik nama dia kot la dia tak hot mana *tibeeee hahha!


Ada satu floor penuh dengan beg je. Aku datang kat Tanah Abang ni..tengok baju budak terasa cam nak niaga baju budak. tengok beg kekartun ni terasa nak niaga beg plak. Tamak haloba nak niaga tapi ongkos tarak  T T

By 1 PM macam tu aku dah dapat barang yang aku nak. Tak puas menjelajah Tanah Abang ni tapi takpelah, next time. Rupiah pun dah surutttt... ~ 


Satu yang best pasal Tanah Abang ni ialah sangat sangat selesa dan sejuk je. Tak macam Pasar Baru Bandung yang panas dan stuffy. Even food court dia pun amatlah nyaman, baru dan bersih sekali ! Enak banget shopping kat sini. 


Since duit dah abeh, kita relax makan dan chow balik otel.



Macam-macam nasi ada..pilih..pilih..

Nasi timbel ayam bakar

Satay padang

Es oyen

Siap ada hirisan avocado, kelapa, nangka, red ruby sengkuang..pergh memang nak kasi orang kentot bom kot nih. 
Aku pelik la apsal Indonesia merata-rata avocado ni dan tak lokek letak dalam minuman...dorang ada banyak kebun avocado kah?


Akunyer yang Bakso Tahu tu..gedabak besar tahu nya ! Sedap makan panas-panas...


Ada satu kedai ni, orangnya baik...aku nak beli barang dia tapi fesyen dia keterlaluan sangat plak. Tapi dia bleh uruskan barang pos ke Mesia. So ok lah aku round kedai lain dulu...shopping..sampai habis rupiah, aku datang balik kedai dia untuk dia uruskan pengeposan. Dia still pujuk pujuk beli barangan dia..ok lah aku ada nampak beberapa baju yang berpotensi la jugak tapi aku serious dah takde duit. Dia kata aku boleh amik je apa-apa, kat Mesia kang bayar lah ke akaun dia. Boleh gitu skali percaya kat aku ni? Haa..ternyata muka aku ada sinar jujur & bias-bias Ustazah Bahyah. Hihi. Then dia uruskan pengeposan melalui kapal..just bayar 50K je. Eh ke 100K. Apa-apapun tetap murah la. Dia kata dalam 2 minggu sampai ke rumah aku dan ada bayaran lagi. Tahu brapa? RM100 je aku kene aritu. Gile murah ! Beli banyak ke sikit ke charge dia just RM100 je once delivery ke rumah. 

Brader tu pulak sangat baik hati.
Dihantarnya pulak kiteorang ke hotel. Asalnya kami tanya dia tahu tak otel ni sebab pemandu teksi tu cakap just area Tanah Abang ni je. Dia terus offer diri bawak kami ke otel tu. 

Otel ni memang sepelaung dari Tanah Abang. Jalan kaki je dah sampai...

IHome Residence


Tapi area sekitar sangat ghetto macam Chow Kit

Travel


Security agak mengkagumkan. Ada double card entry. Satu malam kat sini RM72

Biliknya kecil la just nice untuk dua orang.

Layan Starworld macam jakun. Sebab kat rumah tak subscribe Starworld. Hehe.
Citer Glee memang makin merepek dan merosakkan budak skola. Adeke satu episod tu bebudak student dan gurunya tu backing gegile TWERKING in school ? Aksi twerking banyak gile. Muntah pelangi Mak, Nak oi !

By the way, WIFI otel ni sangat efisien. Time ni la baru tahu MH370 hilang on the same day we flew to Jakarta ! Jadi kiteorang macam tergamam kejap. Tengok newsfeed FB gambar penumpang, gambar mak dan keluarga penumpang dan cabin crew rasa sedih dan nak nangis je. Sememangnya insiden ni menjadi sejarah terbesar dalam negara ! Tak pernah MAS hilang flight. Sebulan berlalu, masih tak ditemui MH370 :(

Sedang kami melepak dan rehat-rehat layan FB sebab nakkan berita terkini MH370, tetibe dengar tombol pintu di pulas-pulas dan trying godek dengan kunci. Eh apehal plak ni. Cuak aku ! Mr Z sergah..siapa tu ??! Rupanya pekerja otel nak test kunci. Tapi caranya sangat menakutkan orang. Aku ingat perampok ke ape ke.  

Disediakan juga air mineral dan kopi

Tuala, sabun dan berus gigi. Curlast gak otel ni. 

Senja dari view hotel

Malas nak keluar dari otel untuk dinner sebab tempat ghetto jadi duduk dendiam je dalam bilik. Just singgah kedai beli mee segera. 


Since flight pagi pukul 6, pukul 3 pagi kiteorang check out dari otel ni dan dah siap-siap booked teksi. Aku bangun pagi je terus pegi bilik air. 
Sambil berus gigi, kepala masih fikir pasal MH370. Tetibe terasa orang cuit montot tau macam ada orang dalam bilik air ! Aku tersedar dari lamunan dan pandang kiri kanan...terfikir "eh ni kan toilet, aku je dalam ni manade orang lain"
Terus hakak bukak pintu cecepat uols !
Tengok-tengok Mr Z pose pose atas katil.
Hehe aku senyum je ler...dan rasa lega sikit. 
Hakak seremsss dengan antu gatal ni. huhu. 

Flight balik ke KL terasa kelainannya sejak tahu kehilangan MH370
Ada turbulence sikit je dah baca macam-macam..

Barang-barang aku sampai tepat 2 minggu selepas balik dari Jakarta.
Tak macam sebelumnya aku pos dari Bandung, lambat sampainya. lebih dua minggu...ker tiga empat minggu kot...sebab kena tahan kastam plak kontena tu. Caj pun mahal..kena RM250 la kalau tak salah.


Sedikit tips la kalau nak amik barang niaga kat Tanah Abang ni:

1. Build repo dan networking

Memang la zaman skarang peniaga Tanah Abang dah canggih manggih dok BBM je terus ganba baju-bajan tapi aku still prefer pergi sana sebab boleh tengok barang-barang dengan lebih dekat. Kadang-kadang ganba can be deceiving. Bila dah ada kat sana, try amik sebanyak mungkin bisnes card dorang supaya lenkali senang nak revisit kedainya. Tanah Abang tu besar gile so it helps to have biz card dorang.

Brader yang tolong pos barang aku tu, dia pun mampu hasilkan apa-apa je design yang aku nak. Sangat bersyukur juga aku ketemu orang yang jujur, baik hati dan berguna sebagai network aku kat sana. 

2. Peniaga Tanah Abang suka guna BBM

So siap-siap la donlod app BBM kat tepon android korang (aku pun baru tahu ada app ni hihi) dan start keep in touch. Karang berderet-deret le update dari peniaga sana. Tak terlarat nak tengok ! 


3. Beli je barang banyak-banyak

Kalau guna Kurnia, caj dia tetap RM100 samada barang ko banyak atau sikit. Better amik banyak-banyak...kos delivery per item pun jadi rendah ye tak.


4. Saiz baju bajan Indonesia tak sama dengan orang Mesia

Saiz dorang kecik okeh !
Jadi kena perati la sikit baju tu kecik sangat ke atau macam mana..
Biasa aku amik free size..means muat S - L
L pun bukan L jenis rangka besar..tapi L rangka kecik hehe
Indonesia kalau sebut jumbo size...still comel jee sizenye..jumbo tu macam L je aku tengok.

5. Tanah Abang macam tak banyak choice untuk Plus Size

Kebanyakkan size S - L je. 
Baju lelaki lagi laaa...slim shady je .. badan kempeng macam Nicholas Saputra je layak pakai.
Jersey pun paling-paling besar L la. XL ada juga...jarang dan cepat habis.

Lazada Malaysia 

6. Kasut
Sangat buruk. Tayah cari kasut kat sini.


7. Variety

Kalau nak cari variety baju bajan kat Tanah Abang boleh jumpa variasi tu.
Tapi aku perasan kalau cari jenis bebaju muslimah moden ni, Pasar Baru Bandung lagi meletop designnya. Jadi perasaan aku kat Tanah Abang ni bercampor baur. Still it deserves second chance sebab tempatnya selesa, besar dan maybe aku tak cukup masa untuk explore semuanya.


8. Indonesia Fesyen
Kekadang macam kampung. Kekadang advance sangat. Kekadang kelaut. 
Ko bleh rasa orang Mesia takkan pakai jenis gaye macam ni.
Harus ada sixth sense sikit di sini dan lebih selektif dalam memilih barangan.

Overall, aku rasa Pasar Baru Bandung macam lebih meriah designnya tapi tak selesa.
Tanah Abang ni jauh lebih selesa dan luas gila tapi aku tak feel sangat barangannya. Apepun it deserves a second chance ! Harus ada episod repeat !

Harap entry ni dapat membantu sedikit sebanyak untuk kamu yang nak start biznes...tengah cari source ke...nak carik supplier lain ke. Pengetahuan yang ada baik diwar-warkan ye tak lagipun rezeki dah dicatat Allah..tak perlu takut untuk bagitau orang mana aku dapatkan barangan. Hehe.





Senang je booking hotel online dari Agoda. Sungguh ! Tengok kat bawah ni haa...