Pulau Perhentian Besar: Destinasi Cuti yang *terlalu* Damai




Tahun ni nak merasa sambut hari kebesaran lahirnya insan bernama Nanatron ni kat pulau yang dekat-dekat je. I wanted to have a birthday dinner by the beach. So kami booked tiket AA macam biasa ke Kota Bahru. Dari situ ambil teksi ke Jeti Kuala Besut. 

Travel

Bila sungai dan laut bertemu...

Cuti kali ni temanya BERMALAS-MALASAN. Amik pakej Abdul's Chalet - beach front chalet, full board 3d2n uols. Tapi tanpa snorkeling trip sebab bawak anak so agak malas nak snorkeling bagai. Pakej just RM808, budak kicik FOC sajoh.

Sampai je Kuala Besut Jeti, kami cari ofis Seven Seas Holiday yang menguruskan urusan bot. Katanya kena tunggu orang lagi, so apelagi..kita lepak dulu~

Pejabat Seven Seas Holiday
Pilihan hotel di Perhentian

Small & Big Perhentian, what is your choice?

Kali ni teringin nak pergi Perhentian Besar sebab dah merasa Perhentian Kecil. Orang kata Perhentian Besar sesuai untuk keluarga lagipula time aku pergi Perhentian Kecil dua tahun lepas tu time hoohaa hoohaa. Termasuk diri ku turut sama berhoohaa. Hihik~

Sarapan pagi di kedai makan bersebelahan dengan pejabat Seven Seas Holiday


Dapat greenlight, lalu terus bergerak ke jeti

Punyalah ramai umat!

Pitam tengok lautan manusia kat jeti.
How did they know about my private beach party? *perasan

Tolong usha bot untuk mama, sayang? 
Bot lambat lah pulak. Dia dulukan orang-orang lain dulu, baru lah dia bagi kami naik.
Hello? Birthday Girl di sini! What has this world come to??? *diva gile


Laut agak choppy hari itu

Teruja tengok warna laut!

Perasaan teruja tengok warna laut yang cantik macam ni tak pernah luput. Setiap kali without fail laut biru mampu buat ku tersenyum. Bot kami dinaiki oleh satu keluarga ni dari Ipoh, want to have a short stay kat Perhentian Besar. Memang short stay betul..one night aje! Aku cakap kat makcik tu...tak cukup tau makcik, lainkali datang lama lah sikit. Hehe. Dorang pun teruja tengok laut kat Abdul Chalet ni. Tapi dorang tak duduk situ, dia booked hotel lain.


Jeti yang sempurna kat Abdul's Chalet


Perkarangan Abdul's Chalet

Ready to check in


View dari restoren Abdul's Chalet

Sebenarnya dari jeti, laut nampak biru dan lawa. Kat Abdul's jadi different view lak. Langit macam mendung dan foggy je...so dari Abdul's view laut nampak kelam je warnanya. Wargghh. Aku lebih rela cuaca panas terik dari mendung foggy macam neh! Biarlah rentung aku dek panahan mentari, asalkan terserlah warna laut yang biru tuuu..huhuk~

Supposedly June ialah musim laut jadi cun melecun, tapi kali ni..ntah la~ cuaca haywire lah

Deretan chalet yang beach front


When it said beach front, they do really meant it! Aku rasa puas dapat chalet beach front ni. Baring-baring kat katil, pusing je badan nampak laut. Mengelamun. Berangan. Bermalas-malasan. Kan dah menepati tema...hee~

View dari bilik

View dari katil. Feeling nak merenung pantai sampai tertidor.


Chalet kami

Anak macam aku gak, takle tengok pasir..mesti kaki tu nak main-main pasir..

Chalet tak jauh dari restoren dan lobby reception


Okay, ikut pakej ada makan pagi, tengahari dan malam. Time tu dah ngam-ngam untuk lunch. Pakej dia ikut ala carte apa yang ada haritu so kita tinggal nak pilih je la lauk apa.


Lunch view..hee~

Fish Fillet Sweet Sour, Kari Ayam, Tahu Apentahtakingat, Kailan Stir Fry
This sweet mango joined us at the end of meal

Lepas makan, kita bersenam. Hihiks
Anak dah tak sabo nak main air.

Rasa air dulu pastu...berani lak dia berjalan dalam air...selalunya tak berani !

Kutip batu karang yang berlambak kat pantai. Tak suka okeh! Buat sakit kaki je..

Sekumpulan budak tengah training swimming & snorkeling

Lewat petang tu kami saja took a stroll along the beach nak carik port sunset, kalau nampak lah mentari tu kheennn...sebab foggy jee manjang~

Lagi hotel yang kedudukannya sebaris dengan Abdul' Chalet


Tuna Bay Resort

Jeti kecik yang serve Tuna Bay Resort


Satu-satunya outlet yang offer diving kat sini

Dah jumpa port baik punye!




Sementara tunggu tu, order makanan sepinggan dua. Shakes dia sedap gaks!


Ini jeee aku dapat. Sedey betol!
Mentari ufuk timur tak brapa nak menampakkan dirinya. Takde rezekiku *sobs *kunyahfries

Balik jee resort kami, lepak-lepak dah jam 8 malam. Dinner time lak. Perut masih kenyang gile. Dihadapkan pulak dengan nasi goreng, ayam goreng, wedges & salad. Ah! Mana nak parking makanan sume neh?

Parking di tank nombor 3. Sedap gaks.

So, imagine ya tahap lena & nyenyaknya pentidoran malam itteww. Tidor mati terusss. Oh by the way, bilik takde TV ok balik bilik je ape lagi nak buat kalau tak mentidorkan diri. WIFI pun sendu. Kat lobby baru kuat sikit WIFInya.

*mati kebosanan

Esok paginya aku terjaga tapi tarik selimut nak guling-guling lagi sebab awal lagi. Ini budak kicik suda bangun dan repeat limapuluhpat kali mantera ni "mama, nak main air. mama, nak mandi laut. mama, nak mandiii"~

adoiyaiii anakkk....sabo je la.
*tarik rambut sendiri


Jam lapan pagi di pantai. Time skola takde lak cargas bangun pagi macam ni.

Morning seaside
Pergi pantai macam ni teringat hobi aku dulu-dulu suka sangat kutip seashells memana pantai yang aku pergi. Banyak woo collection aku...yang rare dan besar-besar. Paling best aku kutip kat Sarawak, pantai area Sematan/Lundu. Ibarat macam perkuburan segala macam seashells! Ada yang tak pernah aku lihat juga seashellsnya. Seashellsnya banyak yang sempurna dan takda pecah sangat. Sangat best tempat tu ( walaupun ada memories yang tak best terjadi :P )

Kat Sematan/Lundu. Ganba lama, kenangan lama :)

Tapi ntah, aku stop hobi tu. Life was catching up I guess. Hobi lama ditinggal sepi. Seashells collection aku pun ntah mana ntah...~

Kat Perhentian Besar ni seashells nye takla mengghairahkan. Banyak batu karang je. I noticed the interesting shapes & texture of them, so snap away~!



Breakfast by the beach

Hari kedua, dah mati kutu uols! Mmm..ape nak buat aaa.. layan TV kat restoren? Ahh kita jenjalan je dulu. Kami strolled along the beach belah yang ada jambatan tu.








HAHAHAH patah BALIK! Sesia je kami berjalan-jalan jauh. Lepas naik jambatan ni, jumpa pantai belah sana yang sunyi ye! Sebab banyak resort/hotel dan jeti yang rundown dan ditinggalkan. Tak laku gamaknya?




Mati kutu, mati kutu, kutu mati...dah jam 12. Lunch terhidang! I gotta say, ni trip menaikkan berat badan namanya!



But I had no qualms about the food as it was good!
Aku rasa time ni la kami lepak lama gila kat restoren sebab layan movie satu demi satu kat Astro dorang.
Last-last aku pegang remote control. HEEE~
Suka hati flicking thru the channels.

Sempat layan Transformers the Movie uols.
Anak lak layan Upin Ipin kat Ipad.
Memang orang bandar takleh jauh dengan TV & Ipadnya.




Malam terakhir lak macam biasa la ada BBQ dinner.
PON BERLAMA-LAMA DI SITU! Nak tengok TV wei...~

Balik bilik. ZZZZ~



Our last day.
*Hela nafas lega
Sempat layan CSI time breakfast neh. Hee~




Cuaca masih ntah ape ape. Bengang aku. It was JUNE wei! Why?!
Balik KL baru tau yang hutan Indonesia terbako sampai berhari-hari KL berjerebu.
Huhuks.
Saje la tu sabotaj birthday trip aku kan?



Anak bengang tak dapat tengok Upin Ipin kat Ipad. WIFI sendu kat chalet. Dia tak memahaminya. Huhuks

Anak, meh tengok ikan. Memang takde internet ler sayang oi..~

Tiba time untuk chow~
Boat datang lambat pula.
Melangut tunggu boat.





At last, boat tiba and we bid goodbye to the serene island.
Maybe a tad too serene.

Perhentian Besar or spesifiknya Abdul's Chalet pada aku sesuai untuk family yang memang taknak ada gangguan dunia luar, atau jenis orang yang nak bawak diri, atau couple yang nak privacy. Sebab biliknya mostly takde TV dan WIFI sendu oke. Bilik yang ada TV ialah bilik yang paling mahal. Kalau bosan tahap takleh handle, sila lepak kat restoren sampai lebam sebab situ ada TV and WIFI kuat la gak. Aktiviti malam sini takde ape langsung, memang acara makan & tidor lah jawabnya.

Aku takleh lama-lama kat tempat macam ni.
Aku perlukan hiburan.
Hee~

Lazada Malaysia